6 wakil negara ke separuh akhir Terbuka Poland – Utusan Digital

PETALING JAYA: Enam wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Poland yang akan berlangsung tengah malam ni bagi merebut slot final yang dijadual esok.

Aksi di Hala Widowiskowo-Sportowa menyaksikan Leong Jun Hao yang menang 21-16, 21-12 ke atas pilihan kelima dari Sepanyol, Luis Enrique Penalver akan bertemu Ng Tze Yong yang menewaskan Daniel Nikolov dari Bulgaria, 23-25, 21-13, 21-8.

Seorang lagi wakil negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pilihan kedua dari Sepanyol, Pablo Albian 21-19, 14-21, 21-23 yang akan membuat perhitungan dengan seorang lagi wakil negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin yang menang 24-22, 21-18 ke atas Michal Rogalski dari Poland.

Beregu lelaki, Chang Yee Jun-Chia Wei Jie juga ke aksi empat terbaik selepas menang 21-16, 21-8 ke atas pasangan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun menang 21-8, 21-18 ke atas pasangan Gijs Duijs-Wessel Van Der Aar dari Belanda.

Pasangan beregu campuran, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Maciej Matusz-Karolina Szubert 21-16, 21-9.

Sementara itu, perseoranan wanita negara, Eoon Qi Xuan gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pemain bukan pilihan dari Estonia, Kristin Kuuba dengan keputusan 21-18, 19-21, 17-21 dalam aksi bertaraf Cabaran Antarabangsa itu.