6 Teknik Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat, Nak Masak Kat Dapur Pun Tak ‘Stress’ Dah! – Hijabista

6 Teknik Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat, Nak Masak Kat Dapur Pun Tak ‘Stress’ Dah! – Hijabista

Siapa yang ada masalah sinki dapur atau saliran air yang selalu sangat tersumbat? Masalah singki tersumbat ini merupakan perkara biasa. Namun, siapa je tak ‘stress’ bila nak masak kat dapur je singki tersumbat… Memang ‘spoil’ mood betul!

Sinki merupakan satu ‘ruang kerja’ yang paling penting di dapur kerana ia adalah tempat untuk mencuci ikan, ayam, sayur-sayuran dan pinggan mangkuk setiap hari. Masalah singki tersumbat mungkin disebabkan terdapat cebisan sisa makanan, minyak, lemak atau rambut yang tersekat di dalamnya.

“Aduh, boleh pula sinki tersumbat… Barang-barang masak dah ada, kejap lagi pula ‘rushing’ nak keluar….. takkan nak panggil tukang paip pulak. Apa nak buat ni?”

Sinki tersumbat memang boleh buat sakit kepala. Bukan setakat sinki di dapur je, sinki dalam bilik air pun sama. Susah lah nak cuci muka atau berus gigi bila sinki dah tersumbat ni. Bila sinki dah tersumbat, memang serabut lah nampaknya hari-hari anda. Dah lah kotor, susah nak buat kerja dan paling penting kalau nak baiki memang agak mahal!

Gunakan campuran cuka dan baking soda

Cara yang seterusnya adalah menggunakan baking soda dan cuka. Ia merupakan antara cara biasa atau klasik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat. Kalau anda nak tahu, cara ini juga lebih lembut berbanding penggunaan bahan kimia yang lain.

Langkah-langkahnya ialah:

  1. Tuangkan satu cawan baking soda ke dalam lubang air sinki
  2. Kemudian, campurkan satu cawan cuka ke dalam lubang tersebut
  3. Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk campuran tersebut bertindak balas
  4. Setelah itu, bilas dengan air panas untuk melancarkan lagi paip air yang tersumbat

Tambahan itu, kedua-dua bahan ini memang sangat berguna bukan saja untuk memasak, tetapi juga untuk tujuan mencuci. Jadi, kalau belum ada 2 bahan ini, bolehlah beli dan simpan stok di rumah. Memang memudahkan!

Gunakan plumber snake

6 Teknik Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat, Nak Masak Kat Dapur Pun Tak ‘Stress’ Dah!

Kalau nak ikutkan, orang dulu-dulu hanya gunakan penyangkut baju besi atau lidi penyapu saja untuk korek sisa dalam saluran sinki tersumbat. Namun sekarang, anda boleh mencuba dengan menggunakan alat yang disebut plumber snake. Ianya merupakan sejenis kabel yang digunakan untuk menyingkirkan segala sisa dan gris yang mendap dalam paip saluran sinki.

Caranya ialah:

  1. Masukkan kabel plumber snake melalui lubang sinki
  2. Kemudian, pusingkan pemegang kabel tersebut bagi menyingkirkan sisa yang melekat dalam paip sinki
  3. Setelah itu, tarik keluar kabel tersebut
  4. Ulangi langkah di atas untuk mendapatkan kesan yang lebih baik

Gunakan pam air

6 Teknik Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat, Nak Masak Kat Dapur Pun Tak ‘Stress’ Dah!

Salah satu cara lain yang paling klasik untuk membaiki sinki tersumbat adalah dengan menggunakan pam atau pelocok. Pam air boleh digunakan untuk melancarkan paip sinki yang tersumbat. Pasti anda pernah pam tapi tak menjadi kan? Nak pam pun ada caranya tau.

Cara terbaik untuk menggunakan pam ini ialah seperti berikut:

  1. Letakkan pam pada lubang sinki
  2. Buka paip air dan biarkan air bertakung dalam sinki sehingga menenggelamkan getah pam tersebut. Pastikan tiada air yang keluar melalui lubang sinki
  3. Setelah itu, tutup paip air dan mula mengepam
  4. Tekanan air daripada sinki boleh membantu memberikan tekanan yang tinggi dalam saluran sinki. Ini boleh membantu menggerakkan sisa tersumbat.

Cegah sinki dapur daripada tersumbat

6 Teknik Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat, Nak Masak Kat Dapur Pun Tak ‘Stress’ Dah!

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Mudah Singkirkan Lemak Dalam Hidangan Sup, Ahli Kimia Ini Kongsikan Caranya

Sebagai kesimpulan, ada 6 teknik yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah sinki tersumbat diantaranya gunakan vakum kering dan basah, air panas, campuran cuka dan baking soda, plumber snake, pam air dan elakkan sinki dapur daripada tersumbat. Anda perlu ingat kalau sinki tersumbat, ia bukan sahaja menyekat laluan keluar air, tetapi juga menghasilkan bau yang busuk. Selamat mencuba!

Sumber info dan gambar: Hello Doktor, Canva dan Google

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Scroll to Top