50 peratus wanita alami masalah kekeringan faraj

50 peratus wanita alami masalah kekeringan faraj

Menopaus adalah proses penuaan biologi semula jadi wanita yang biasanya berlaku ketika berusia antara 45 hingga 55 tahun.

Secara purata, kebanyakan wanita akan menghabiskan satu pertiga daripada kehidupan mereka dalam fasa selepas menopaus.

Namun, ramai wanita mendapati mereka tidak bersedia dan secara diam-diam mengalami pelbagai perubahan fizikal serta emosi di samping berdepan stigma masyarkat yang memandang serong berkenaan menopaus.

Gejala biasa menopaus adalah seperti berpeluh malam, sensasi rasa panas (hot flashes), perubahan mood, kemurungan dan banyak lagi.

Simptom ini berbeza bagi setiap orang, dan mungkin bagi sesetengah wanita, ia boleh menjadi sangat teruk sehingga boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.

Selain itu, masalah kekeringan faraj juga simptom kurang dikenali dan memberi kesan kepada 50 peratus wanita di Malaysia.

Namun, disebabkan sensitiviti topik ini, ramai wanita memilih untuk menderita dalam diam dan tidak meminta bantuan.

Menurut episod Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan baru-baru ini, yang berkongsi mengenai kekeringan faraj, seorang ahli farmasi menerangkan bahawa sesetengah wanita tersilap beranggapan bahawa kegatalan dialami disebabkan kurang kebersihan dan mencuci bahagian  intim mereka secara berlebihan dengan sabun konvensional yang boleh merengsakan kawasan intim mereka yang sudah kering dan sensitif.

Justeru, keadaan ini memerlukan wanita ini mendapatkan bantuan segera dalam mengatasi masalah kekeringan faraj dengan penyelesaian produk bebas hormon yang selamat dan berkesan.

Diperbuat di Jerman, produk Dr Wolff’s Vagisan yang merangkumi Cremolum Pelembap dan Krim Pelembap, antara langkah penyelesaian menangani masalah simptom kekeringan faraj.

Cremolum Pelembap ialah pesari inovatif yang menawarkan kelegaan berkesan untuk kekeringan,gatal-gatal, rasa terbakar dan kesakitan di kawasan intim.

Diperbuat untuk kegunaan intravagina, pesari mengandungi tahap lipid melegakan dan melembapkan serta menyuburkan faraj, menjadikannya lembut dan anjal.

Cremolum Pelembab ini juga terbukti secara saintifik berkesan dalam memperbaiki kekeringan, gatal-gatal, sakit dan gejala terbakar yang berkaitan dengan kekeringan faraj.

*Ia memberikan kelegaan cepat dan serta-merta selepas penggunaan pertama serta mempunyai kesan menenangkan yang berkekalan selama tiga hari dan lebih lama daripada itu.

Cara menggunakannya, hanya masukkan satu pesari ke dalam kawasan intim dan krim akan terbentuk dalam masa 30 minit selepas dimasukkan.

Cremolum Pelembap ini juga boleh diguna sebagai krim untuk digunakan di kawasan intim sama ada dalaman dan luaran.

Selain Cremolum Pelembap, Dr Wolff’s Vagisan juga mempunyai Krim Pelembap yang mengandungi tahap lipid yang tinggi dan menenangkan.

Ia juga mengandungi kandungan air yang tinggi dan terbukti secara saintifik meredakan gejala kekeringan faraj, berbanding gel berasaskan air yang boleh mengeringkan kulit kawasan intim dan juga alternatif baik untuk krim hormon.**Setiap Krim Pelembap dilengkapi dengan aplikator.

Untuk kegunaan intravagina, ambil 2.5 gram (g) krim dengan aplikator dan masukkan ke dalam faraj.

Untuk penggunaan luaran, hanya 0.5g atau satu hujung jari boleh digunakan untuk digunakan pada kawasan faraj.

Sama ada Krim Pelembap atau Cremolum Pelembap, kedua-duanya mengandungi asid laktik yang membantu memelihara dan mengekalkan tahap pH faraj sihat.

Krim Pelembap dan Cremolum Pelembap ini boleh didapati di bahagian penjagaan wanita di Farmasi Caring, berharga RM75 setiap satu.

*https://www.vagisan.com/de-de/cremolum-studie
**https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25845406/

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top