4,743 kes baharu Covid-19 – Utusan Digital

4,743 kes baharu Covid-19 – Utusan Digital

PETALING JAYA: Sebanyak 4,743 kes penularan Covid-19 direkodkan hari ini yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 4,611 kes.

Selangor terus menjadi penyumbang terbesar penularan wabak itu dengan merekodkan sebanyak 1,566 kes penularan dan diikuti dengan Kuala Lumpur yang merekodkan 635 kes.

Perlis kekal merekodkan satu digit iaitu dua kes penularan Covid-19 dan disusuli dengan Putrajaya iaitu tujuh kes.

4,743 kes baharu Covid-19 – Utusan Digital

Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 ialah Kedah (142 kes), Sabah (193 kes), Labuan (104 kes), Pulau Pinang (195 kes), Pahang (131 kes), Terengganu (37 kes), Perak (68 kes), Kelantan (165 kes) dan Melaka (167 kes).

Jumlah keseluruhan kes penularan wabak Covid-19 dalam negara ketika ini adalah 705,762 kes. – UTUSAN ONLINE 

 

Scroll to Top