35 PATI ditahan di Terminal Bas Lembah Sireh

35 PATI ditahan di Terminal Bas Lembah Sireh

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara di Terminal Bas Lembah Sireh di sini semalam.

Kesemua PATI yang masing-masing berusia 13 hingga 56 tahun itu ditahan pada pukul 2 pagi menerusi Ops Sapu.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, warganegara Indonesia, India, Bangladesh dan Myanmar antara PATI yang ditahan sepanjang operasi tersebut.

ā€œDaripada jumlah itu, PATI Indonesia paling ramai ditahan melibatkan 17 lelaki termasuk dua remaja dan sembilan wanita. Kesemua remaja itu ditahan bersama-sama ibu dan bapa masing-masing.

ā€œSelain itu, JIM Kelantan turut menahan empat lelaki warganegara Bangladesh, Myanmar (3) dan India (2),ā€ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, kesemua PATI terbabit ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN

Scroll to Top