“3 tahun cukup untuk Leona balik dengan imej baru, UK kan sejuk” -Azhar Sulaiman

“3 tahun cukup untuk Leona balik dengan imej baru, UK kan sejuk” -Azhar Sulaiman

Posting yang dibuat oleh anak kepada aktor terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona semalam berkenaan keberangkatan pergi ke United Kingdom untuk menyambung pengajian telah mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, Leona yang tidak pernah lekang dengan kontroversi sejak bergelar influencer kerap menjadi bualan dan kebanyakan konten yang dikongsi di media sosial menerima pelbagai maklum balas.

Gadis berusia 20 tahun itu juga memaklumkan yang dia begitu sedih sehari sebelum bertolak pergi dan mengakui tidak bersedia dengan hal tersebut.

Namun, disebabkan ingin mengejar cita-cita, dia gagahkan diri untuk berlepas ke UK pada malam semalam dihantar oleh ahli keluarganya.

Menjengah ke Facebook bapanya, Azhar Sulaiman yang turut berkongsi momen perpisahan dengan Leona dan seorang lagi anaknya iaitu Andika Rees Pahamin yang sama-sama akan belajar di UK selama 3 tahun.

Menurut Azhar, Leona akan mengambil jurusan pengurusan manakala Andika pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim.

Dalam pada itu, aktor 90an terbabit turut menitipkan beberapa pesanan kepada anak-anaknya supaya belajar rajin-rajin serta tidak tinggal solat.

Dia juga turut berharap supaya anaknya terutama Leona agar berimej baru dalam tempoh tiga tahun ini memandangkan cuaca di sana sejuk.

“Mami tak rasa sedih sangat mungkin sebab dorang dari kecik dah biasa travelled all over the world sebab sertai event Jamboree Pengakap /Girl Guides Dunia.”
“3 Tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan Image baru….UK kan sejuk…..hahahahaa” tulisnya berseloroh.

Di perkongsianya yang terakhir sewaktu di lapangan terbang, dia berharap agar anak-anaknya selamat sampai ke destinasi dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Kasih Iris Leona merupakan anak kepada pasangan Azhar Sulaiman dan juga isteri, Chempaka Emalin Pahamin. Selain daripada TikToker tersebut, mereka turut mempunyai dua orang anak iaitu Kasih Leia Ixora dan abang kembar kepada Leona, Andika Rees Pahamin.

Sumber: Facebook Azhar Sulaiman