3 lelaki rakyat Malaysia ditahan miliki dadah di Sungai Golok

3 lelaki rakyat Malaysia ditahan miliki dadah di Sungai Golok

Kota Bharu: Tiga lelaki rakyat Malaysia antara 11 individu ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan polis Thailand di sebuah resort dekat Sungai Golok, Selatan Thailand pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol. Pol Jedsadavit Inpraphan berkata kesemua suspek termasuk lima wanita berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan sekitar 9.30 pagi kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis dadah termasuk ketamin, pil yaba, ekstasi, Erimin 5 dan rokok elektronik yang mengandungi bahan terlarang.

“Tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan itu berusia 23, 27 dan 32 tahun, yang dua daripadanya memiliki pil Erimin 5 dan ekstasi serta rokok elektronik dipercayai digunakan untuk menyimpan bahan terlarang.

“Siasatan juga mendapati beberapa individu yang ditahan dalam operasi terbabit disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan pemilikan dadah secara haram, manakala sebahagian lagi ditahan kerana disyaki sebagai pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Golok untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang berkaitan dadah berbahaya serta peraturan kastam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top