3 kod nama didedah bukan dalang sindiket 'counter settting'

3 kod nama didedah bukan dalang sindiket 'counter settting'

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga kod nama yang didakwa menjadi dalang kes mengatur kaunter atau ‘counter setting’ tiada kaitan dengan kegiatan terbabit.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, ia dimaklumkan oleh pegawai risikan SPRM, pagi tadi.

“Semalam, saya maklumkan kepada (seorang) wartawan yang menghubungi saya, saya tidak pernah dengar nama ini dan minta pegawai saya membuat pemeriksaan.

“Pagi ini, pegawai saya maklumkan, tiga kod nama ini tiada kena mengena dengan counter setting.

“Saya tidak mahu tanya (lanjut), ini hak risikan tapi mereka laporkan, nama disebut di Parlimen tidak ada kena mengena dengan counter setting,” katanya, semalam.

Semalam, ketika di Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa sebuah portal berita membekalkan pihak berkuasa dengan tiga nama yang didakwa sebagai ‘ikan besar’ di sebalik kegiatan mengatur kaunter untuk diambil tindakan oleh SPRM.

Ia susulan laporan portal itu yang mengatakan bahawa ikan besar dalam skandal berkenaan masih tidak disentuh, di sebalik serbuan besar-besaran SPRM baru-baru ini, membabitkan tangkapan 49 pegawai Imigresen dan seorang anggota polis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top