2 beradik mandi sungai dikhuatiri lemas

2 beradik mandi sungai dikhuatiri lemas

am@hmetro.com.my

Mukah: Kanak-kanak berusia 10 tahun dan adik perempuannya dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Sungai Batang Mukah, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 3.50 petang.

“Maklumat awal yang diterima mengesahkan kedua-dua mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Dexper Kiu Kuang Wei berusia 10 tahun dan adik perempuannya Susie Kiu berusia tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, ibu mangsa memaklumkan dua beradik itu sedang mandi di tepi sungai terbabit berhampiran Jalan Kampung Bedanga, sebelum mereka tiba-tiba tenggelam dibawa arus.

“Ibu mangsa cuba untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya itu namun gagal kerana kejadian berlaku begitu pantas ditambah faktor arus deras sungai,” katanya.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan menggunakan teknik pencarian secara permukaan ke hilir dan hulu sungai dan setakat 5 petang, kedua-dua mangsa belum ditemui.

Operasi SAR akan bersambung esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top