mdroji@bh.com.my
Kuching : Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat sempena Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.
Beliau yang juga isteri Wan Junaidi dianugerahkan darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P) yang membawa gelaran ‘Datuk Patinggi’.
Turut menerima darjah yang sama, bekas Ahli Parlimen yang juga Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Tan Sri Leonard Linggi Jugah.
Sementara, Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ pula dianugerahkan kepada empat penerima iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli; pemimpin masyarakat, Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad; Peguam Besar Sarawak, Datuk Saferi Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii pula dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Turut menerima darjah yang sama, Ketua Setiausaha Sulit Premier Sarawak, Datuk Khir Busrah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Ismawi Ismuni.
Seramai 12 lagi menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran ‘Datu’ iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Elizabeth Loh; Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Abang Ahmad Abang Morni; Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Sirai Daha dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Jafri Lias.
Turut menerima D.J.B.S, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Hamdan Sharbini; Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Jonathan Lugoh; Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam; Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh; Residen Bahagian Sarikei, Micheal Ronnie Langgong; Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti; Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli dan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak, Professor Dr Nielson Ilan Mersat.
Panglima Setia Bintang Sarawak (P S.B.S) yang membawa gelaran ‘Dato’ pula dianugerahkan kepada 18 penerima.
Mereka ialah Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman; Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman; Setiausaha Akhbar Premier Sarawak, Ambrose Cheng Loi Hee; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kabong, Mohd Chee Kadir; ahli perniagaan, Abang Abdillah Izzarim dan Panglima 31 Briged Infantri Malaysia, Brig Jen Kamarulzaman Mohd Yunos.
Turut menerima P.S.B.S, isteri Timbalan Premier Sarawak, Datin Amar Enn Ong Siok Ean; pengamal perubatan, Dr Julian Wee Kam Siak; Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu; Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy Sdn Bhd, Jefri Ahmad Tambi; peguam Shankar Ram Pohumil; Naib Presiden Kanan Strategi Korporat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Abang Arabi Abang Narudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak, Sudarnoto Osman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin turut dianugerahkan P.S.B.S bersama Archbishop Dr Simon Peter Poh Hoon Seng serta ahli perniagaan, Jacqueline Fong Yean Yee, Datuk Lee Heng Cheong dan Su’ut Johari.
Selain itu, seramai tiga dianugerahkan pingat Johan Bintang Sarawak (J.B.S), seorang menerima Johan Bintang Kenyalang (J.B.K), 20 menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C), 15 Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), 98 Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), 143 Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B), 76 Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), 198 Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), 194 Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) dan 259 menerima Bentara Bintang Sarawak (B.B.S).
© New Straits Times Press (M) Bhd