Konsert band popular Indonesia Nidji pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.
Konsert Nidji 2.3: The New Chapter merupakan konsert menyambut ulang tahun ke-23 selama berkarya didalam industri muzik, di mana Nidji mempersembahkan 23 buah lagu dengan ramuan istimewa yang sememangnya memberikan magis kepada peminat Nidji yang menyaksikan persembahan pada malam itu.
Kejayaan konsert Nidji 2.3: The New Chapter yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada ahad lalu berjaya menyatukan 10,000 peminat.
Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut memuatkan sebanyak 23 buah lagu hits Nidji seperti Hapus Aku, Biarlah, Laskar Pelangi dan banyak lagi.
Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh band popular Indonesia ini.
Dalam pada itu, malam konsert tersebut bertambah meriah apabila hadirnya kugiran popular Malaysia, Kugiran Masdo yang mencuri tumpuan apabila melakukan persembahan duet bersama band Nidji menerusi lagu Zayang-Zayang.
Apa yang lebih istimewanya konsert kali ini adalah Nidji turut mempersembahkan lagu-lagu dari album mereka yang terbaharu yang bertajuk Manifestasi Hati.
Sekadar info, Nidji ialah sebuah band muzik Indonesia yang berasal dari Jakarta yang ditubuhkan pada tahun 2002, nama Nidji berasal dari perkataan bahasa Jepun niji, yang bermaksud “pelangi”.