‘10 Malam Terakhir’ Singkap Keistimewaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

‘10 Malam Terakhir’ Singkap Keistimewaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton dengan perbincangan yang santai tetapi penuh inspirasi. Disiarkan secara langsung selama 10 hari terakhir Ramadan, program ini akan mengetengahkan pelbagai topik menarik serta perkongsian inspirasi yang mampu menyentuh hati dan memberi pengajaran.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 10 Malam Terakhir secara langsung yang penuh dengan manfaat, bermula pada 20 hingga 29 Mac 2025, pada jam 6.00 petang hanya di TV9 atau atau strim secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton. Alami sendiri momen-momen yang penuh inspirasi dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini!

Program ini menyajikan perbincangan santai mengenai pelbagai topik berkaitan Ramadan, dikemudi oleh hos utama, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, bersama Bell Ngasri sebagai pengacara bersama, yang akan membawakan kupasan menarik serta pengisian bermakna sepanjang program.

Setiap episod akan menampilkan barisan tetamu jemputan, termasuk selebriti, pendakwah, dan tokoh masyarakat yang akan berkongsi pandangan mereka mengenai topik-topik menarik seperti persiapan menyambut malam Lailatulqadar, pengurusan kewangan sempena Hari Raya, kepentingan zakat dan fidyah, serta kisah unik di sebalik tradisi Ramadan dan Aidilfitri. Antara selebriti yang bakal tampil dalam program ini ialah Faizal Tahir, Tomok, Sharifah Shahira, Ropie,, Ajai, Datuk Rashid Sidek, Datuk Ustaz Kazim Elias, Datuk Rosyam Nor, dan ramai lagi.

Selain itu, program ini turut menampilkan segmen istimewa, Selera Ramadan Nopales yang pasti menarik perhatian penonton dengan perkongsian menu ringkas dan mudah untuk sahur serta berbuka. Segmen ini sangat sesuai bagi mereka yang mencari hidangan cepat tetapi berkhasiat, terutama bagi yang sering mengejar masa. Setiap episod dari 1 hingga 10 akan mengetengahkan tema masakan yang berbeza, disertai dengan nasihat berguna bagi menjadikan Ramadan lebih bermakna.

Bukan itu sahaja, penonton juga boleh memenangi hadiah menarik iaitu jam azan digital menerusi Kuiz Jawab & Menang! Penonton hanya perlu jawab soalan yang diberikan dalam setiap episod dan hantarkan jawapan di ruangan komen Facebook dan Instagram TV9 Malaysia, lengkap dengan slogan paling kreatif. Pemenang bertuah akan diumumkan melalui media sosial, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk turut serta!

Dengan sokongan daripada Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai penaja, program istimewa ini bukan sekadar program bual bicara biasa, tetapi satu platform yang mengajak penonton untuk menghayati dan merebut keistimewaan sepuluh malam terakhir Ramadan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 10 Malam Terakhir dan sertai perbincangan penuh ilmu dan inspirasi setiap hari bermula pada 20 hingga 29 Mac 2025, 6,00 petang secara langsung di TV9 Malaysia!