Pelancongan berasaskan komuniti atau Community-Based Tourism (CBT) semakin mendapat perhatian di Sabah dengan memberikan peluang kepada pelancong untuk merasai kehidupan tempatan sambil menyokong pembangunan mampan.
Pelancongan berasaskan komuniti di Sabah
CBT bukan sahaja memperkasakan komuniti setempat tetapi juga membantu memelihara alam sekitar dan budaya tradisional.
Sekiranya ingin merasai pengalaman unik Sabah dari sudut pandang penduduk tempatan, berikut adalah beberapa destinasi CBT yang menarik:
1. Kiulu Farmstay
Terletak di Lembah Kiulu, Kiulu Farmstay menawarkan pengalaman kehidupan luar bandar yang autentik. Pengunjung boleh memilih untuk tinggal di rumah tradisional Kadazan-Dusun, menyertai aktiviti pertanian, atau mencuba sukan luar seperti ATV dan mendaki. Selain menikmati pemandangan hijau subur, pelancong juga boleh berinteraksi secara langsung dengan komuniti tempatan untuk memahami budaya dan cara hidup mereka.
π Hubungi: 088-438 300
2. Bukit Sosodikon

DCIM100MEDIADJI_0003.JPG
Bukit ini terletak di Kampung Kauluan, Kundasang dan dikendalikan oleh Koperasi Sosodikon Ranau Berhad (KOPSODIK). Mendaki Bukit Sosodikon tidak terlalu mencabar dan sangat sesuai untuk peminat alam semula jadi. Dari puncaknya, pelawat dapat menikmati panorama indah Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya. KOPSODIK turut menyediakan pakej homestay yang membolehkan pengunjung merasai budaya tempatan serta menyertai aktiviti pertanian seperti menanam bunga dan menuai sayur.
π Hubungi: 013-851 0302 / 017-895 6192
3. Kampung Warisan Monsopiad
Dinamakan sempena pahlawan legenda Kadazan-Dusun, Monsopiad, kampung ini memberi peluang kepada pelawat untuk memahami sejarah dan budaya masyarakat tempatan. Aktiviti yang ditawarkan termasuk lawatan ke rumah tradisional Kadazan-Dusun, persembahan kebudayaan, dan kelas memasak makanan tradisional. Walaupun tidak menawarkan penginapan homestay, kampung ini tetap menjadi destinasi pilihan untuk mereka yang ingin mempelajari warisan Sabah dengan lebih mendalam.
π Hubungi: 011-1419 6488
4. Orou Sapulot
Terletak di pedalaman Sabah berhampiran sempadan Kalimantan, Orou Sapulot adalah destinasi pengembaraan bagi mereka yang gemarkan aktiviti mencabar. Pengunjung boleh menikmati pengalaman meredah jeram (rapid shooting), berakit, meneroka gua, dan mendaki Batu Punggul β sebuah puncak batu kapur setinggi 600 meter yang menawarkan pemandangan menakjubkan. Menginap di Orou Sapulot membolehkan pelawat menyelami budaya Murut dan menjalani kehidupan seharian mereka.
π Hubungi: 019-227 7077 (Borneo Outback Tours)
5. KOPEL Kinabatangan
KOPEL adalah sebuah organisasi CBT yang memenangi anugerah, terletak di Kinabatangan. Destinasi ini terkenal dengan lawatan melihat hidupan liar seperti monyet proboscis, gajah Borneo, dan buaya di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan. Selain itu, KOPEL menawarkan pengalaman homestay bersama komuniti Orang Sungai serta peluang untuk menyertai aktiviti pemuliharaan seperti penanaman pokok dan pembersihan sungai.
π Laman web: www.kopelkinabatangan.com
6. Darau Wetland Eco-Tourism
Hanya sejam dari Kota Kinabalu, Darau Wetland Eco-Tourism menawarkan pengalaman unik dalam persekitaran paya bakau yang kaya dengan biodiversiti. Pelawat boleh menyertai aktiviti seperti pemerhatian burung, menyelami budaya tempatan, dan mengambil bahagian dalam program pemuliharaan seperti penanaman pokok bakau.
π Hubungi: 016-804 8667
7. Tagal Taman Tinopikon
Destinasi ini terkenal dengan sistem βtagalβ β satu amalan tradisional Kadazandusun yang melarang penangkapan ikan di kawasan tertentu bagi memelihara ekosistem sungai. Pelawat boleh menikmati aktiviti seperti mandi sungai, merentas hutan, dan merasai pengalaman βurut ikanβ oleh ikan Pelian.
π Hubungi: 019-505 4514 / 011-1332 1274
8. Kampung Kolosunan
Terletak dalam Rizab Biosfera Banjaran Crocker, Kampung Kolosunan menawarkan peluang untuk meneroka keindahan hutan hujan Sabah sambil mendalami budaya masyarakat Dusun. Pelancong boleh menyertai aktiviti mendaki denai yang diselenggara dengan baik, mempelajari kraftangan tempatan, dan menikmati pengalaman homestay yang memberi gambaran sebenar kehidupan di kampung.
π Hubungi: 016-307 9795
9. Homestay Desa Cinta Kobuni
Di sini, pengunjung boleh merasai kehidupan masyarakat Kadazan-Dusun secara langsung dengan tinggal bersama keluarga angkat. Aktiviti seperti tarian tradisional, demonstrasi anyaman, dan kelas memasak Kuih Nurud dan Linopot disediakan untuk pelawat. Mereka yang ingin menyumbang kepada komuniti juga boleh terlibat dalam projek sukarelawan seperti penyelenggaraan sekolah dan infrastruktur awam.
π Hubungi: +6018-9655281 | β E-mel: [emailΒ protected]
10. Taman Rekreasi Kintup
Terletak di Kampung Tikolod, Tambunan, Taman Rekreasi Kintup adalah lokasi yang sempurna untuk mereka yang ingin berehat dalam suasana tenang. Pengunjung boleh berkhemah, berkelah di tepi Sungai Tikolod, atau menikmati keindahan flora dan fauna tempatan. Terdapat juga rumah tradisional dan kedai kraf tangan yang mempamerkan hasil seni masyarakat Kadazandusun.
π Hubungi: 012-834 3234 (Sylvester)
Tunggu apa lagi?
Ternyata pelancongan berasaskan komuniti bukan sekadar pengalaman percutian, tetapi juga satu cara untuk memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan memelihara khazanah alam Sabah.
Dengan memilih CBT, bukan sahaja dapat menyelami budaya tempatan secara mendalam tetapi juga memberi impak positif kepada komuniti luar bandar, layari www.sabahtourism.com untuk maklumat lanjut.