10 bulan bertunang, Ayie Floor 88 selamat bernikah dengan pilihan hati

10 bulan bertunang, Ayie Floor 88 selamat bernikah dengan pilihan hati

Selepas 10 bulan mengikat tali pertunangan, vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Tasha Awie pagi tadi.

Menurut laporan mStar Online, penyanyi berusia 23 tahun itu menyerahkan mas kahwin RM1,000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran dalam majlis yang berlangsung di Masjid Ukay Perdana, Ampang.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, macam tak percaya akhirnya saya dan Tasha selamat disatukan sebagai suami isteri hari ini.
“Syukur majlis berjalan lancar meskipun kita masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19,” kata Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah.

Sementara itu, penyanyi lagu Hutang itu mengakui belum merancang untuk berbulan madu selain tidak meletakkan perancangan mengenai cahaya mata.

“Tak ada plan lagi honeymoon, sebab saya cuti empat hari sahaja. Lepas itu sambung kerja balik. Nanti-nanti la kita tengok kalau ada waktu yang sesuai untuk bercuti.
“Sama juga mengenai zuriat, kita pun tak merancang. Kalau ada kami terima sahaja rezeki itu,” katanya lagi.

Sumber: mStar Online (Qarami Hashim) , Instagram Ayie

Scroll to Top