am@hmetro.com.my
Jasin: Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di air terjun dekat Laman Tiga Budaya, Asahan, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada hilang dipercayai dihanyutkan kepala air, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.54 petang.
Katanya, dua jentera bersama 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan Melaka Tengah bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurutnya, SAR turut dibantu tujuh anggota BBP Tangkak termasuk dua anggota Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).
“Setibanya pasukan di lokasi, maklumat diterima mendapati seorang mangsa hilang dan dikhuatiri lemas, manakala tiga lelaki berusia 24 hingga 27 tahun selamat.
“Seorang daripada mangsa mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan,” katanya.
Operasi SAR dijalankan pasukan bomba.
© New Straits Times Press (M) Bhd